Home » » Qari Junior program realiti TV Hafazan Al-Quran utk kanak-kanak

Qari Junior program realiti TV Hafazan Al-Quran utk kanak-kanak

Qari Junior merupakan program realiti TV Hafazan Al-Quran di mana kesemua peserta adalah kanak-kanak berusia 7–12 tahun. Program ini juga memaparkan kemahiran kanak-kanak dalam menghafaz ayat Al-Quran serta menimbulkan minat penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Qari Junior akan mula bersiaran 23 Julai 2012, setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi di TV3.

Qari Junior

Program ini diacarakan oleh Zhafran Zainuldin (Pengacara Akademi Al-Quran 5 & GPS IMAN) serta dua juri tetap, Ustaz Zamri Zainuldin (Pengacara Mari Mengaji & Adik Dan Al-Quran) dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman (Pengacara Akademi Al-Quran 4 & 5).

Juara Qari Junior membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000 berserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel manakala sagu hati akan menerima RM2,000 setiap seorang, plak TV3 dan pakej mengerjakan umrah.

Jangan lupa saksikan Qari Junior sepanjang Ramadhan ini, isnin hingga khamis, jam 9.00 pagi, hanya di TV3!

Facebook Qari Junior: http://www.facebook.com/QariJuniorTV3

Qari Junior program realiti TV Hafazan Al-Quran utk kanak-kanak @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami