Home » » Sinopsis ringkas telefilem Sugeh

Sinopsis ringkas telefilem Sugeh

Sinopsis drama Sugeh

Sugeh mengisahkan Pak Hamid, orang kaya di sebuah kampung yang memiliki ladang sawit yang luas serta ternakan lembu.

Pak Hamid mempunyai dua anak, Syaiful yang melanjut-kan pelajaran di England dan Safiah yang bekerja di sebuah tadika di kampung itu. Urusan ladang dan ternakan pula diuruskan Azmi, seorang guru silat yang jujur.

Pelbagai masalah berlaku di kampung itu dan Pak Hamid selalu menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan.

------------------

Sugeh bermaksud kaya. Keunikan masyarakat Jawa diketengahkan dalam telefilem ini. Paling ketara ialah walaupun berlaku pertengkaran, salah faham dan sifat tamak, kedekut, namun akhirnya, mereka tetap bersatu dan cepat menyedari kesilapan mereka selain sentiasa menitikberatkan soal agama.

Telefilem ini dibarisi pelakon terkenal tempatan yang juga berdarah Jawa termasuk yang boleh bertutur dalam bahasa Jawa dengan baik iaitu Datuk Jamali Shadat, Ruminah Sidek, Herman Tino, Betty Banafe, Ebby Yus, DJ Pool, Sue Sidek, Rahmat Mega, Ali Terra Rossa, Amm Raja Lawak, Omar Scorr, Mejar Zainal dan penampilan pelakon baru dari Russia, Viktoria Khan

Sinopsis ringkas telefilem Sugeh @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami