Home » » Farid Kamil-Diana Danielle Selamat Bernikah

Farid Kamil-Diana Danielle Selamat Bernikah

Pernikahan Farid Kamil-Diana Danielle

Dengan sekali lafaz,pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sah bergelar suami isteri selepas mereka diijabkabulkan di Hotel Flaminggo, sekitar jam 9.12 pagi tadi.

Gambar pernikahan, sila lihat di sini

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Pendaftar Kanan Daerah Gobak, Daim Jaluli dalam majlis yang dihadiri lebih kurang 300 orang tetamu itu

Pernikahan Farid Kamil-Diana Danielle
 Mas kahwinnya ialah RM10,000 manakala wang hantaran ialah 10,000 nilai emas. Majlis akad turut disaksikan ibu bapa pengantin lelaki iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta ibu pengantin perempuan Norsiah Ramli.

Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki. Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan ini

Farid Kamil-Diana Danielle Selamat Bernikah @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami