Home » » Lirik Lagu Penghujung: Nawi, Frequensi & Lady D

Lirik Lagu Penghujung: Nawi, Frequensi & Lady D

Lirik Lagu Penghujung: Nawi, Frequensi & Lady D

Walau berombak di laut
Akan ku teruskan mendayung
Harapkan bunga mekar
Kini layu di hujung tanjung

Mulut mungkin berat tapi hati ingin berkata
Lidah mungkin terkelu tapi jiwa yang merasa
Siapa sangka dan tak siapa boleh jangka
Gelora yang berkocak goyah bak redah samudera
Apa yang dipinta apa yang di cinta
Mimpi yang melanda realitinya di hina
Bagai menatang minyak yang penuh tapi ia dituang
Bagai diambil madu tapi sepahnya yang dibuang
Bila dipercaya banyak yang mendusta
Bicara berjanji tak pernah setia
Lahir fahaman atas dasar lain pandangan
Tukar fikiran sampai yang lain tukar peranan
Situasi tekanan buat hilang pegangan
Yang kekal kaca yang permata kehilangan
Cukup sudah beban derita yang ditanggung
Kini sampai saat untuk tamat di penghujung

Chorus
Walau berombak di laut
Akan ku teruskan mendayung
Harapkan bunga mekar
Kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa
Pahitnya ku yang tanggung
Harapkan semua bermula
Tapi tamat di penghujung

Siapa mengalah
Dan siapa yang patut disalahkan
Diri yang paksa terlebih memberi harapan
Pengorbanan di lebur hancur seribu impian
Hanya lafaz akhir yang menjadi kenyataan
Tiada deringan dan tiada ucapan
Tiada ganti untuk jadi kesempurnaan
Makin jauh berlari pilu yang berkerjaran
Hari kian suram menutup punca sinaran
Pitisan air mata untuk rindu yang dahaga
Nilai jujur kini sudah lagi tak berharga
Kasih dikenangkan tiada pengorbanan
Kala dulu keriangan kini kesedihan
Luka membelah diam kesakitan
Banyak yang diharap telah dihampakan
Tiada lagi cinta agung yang dapat disanjung
Kini sampai saat untuk tamat di penghujung

Ulang Chorus

Cukup sudah ku beralah walau tiada yang memaksa
Kini ku sedar siapa aku kita berbeza
Frasa-frasa cinta tak lagi bermakna
Fasa-fasa hiba mungkin bakal menjelma
Lupakan kenangan tiada yang diungkit
Huraikan jiwa tiada lagi yang rumit
Luas atau sempit ruang hati dah parah
Penghujung dah tiba masa untuk berpisah

Apa kesudahannya kisah cinta ini
Mana lagi harus ku bawa realiti
Seribu impian hilang tujuannya
Perjalanan kita kini di penghujungnya

Ulang Chorus

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Penghujung: Nawi, Frequensi & Lady D @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami