Home » » Pontianak VS Orang Minyak Sinopsis dan Trailer

Pontianak VS Orang Minyak Sinopsis dan Trailer

Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak
Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua hantu yang baru berkecimpung dalam dunia hantu. Ponti (lakonan Nabil) ialah pontianak lelaki yang tidak disukai pontianak lain kerana sepatutnya pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula orang minyak lembut yang memeningkan kepala orang minyak lain yang ditugaskan menunjuk selok-belok menjadi orang minyak.

Bagaimanapun, ujian terakhir mereka ialah cabaran yang sangat hebat apabila dihantar untuk mencari mangsa di Kampung Puaka.

Malangnya, Kampung Puaka dipenuhi penduduk yang tidak takut hantu. Mereka adalah pawang, bomoh dan hantu yang bertaubat.

Kampung Puaka juga dipasang 'pendinding sakti' di mana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung.

Satu hari, Kampung Puaka menerima penduduk baru, Saodah dan dua anak perempuannya, Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang menyerang anak perempuan Saodah, tetapi sebaliknya jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi dan Omi pula mencintai Bunga Cinta Melur.



Mereka mengambil keputusan menukar rancangan. Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi menyerang Bunga Cinta Kasturi. Namun, mereka berdua dihalang sesama sendiri sehingga menyebabkan pertelingkahan.

Pada masa sama, wujud perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua kampung sedia ada, Pak Rejab dan adik iparnya, Sudiro.

Disebabkan Pak Rejab lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dan belot. Dia membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak dan Ratu Pontianak.

Jika anda mencari karya ringan tapi penuh jenaka, filem ini pilihan terbaik untuk mengisi masa lapang. Jangan terkejut apabila pelakon seksi, Lana Nordin sengaja ditonjolkan sebagai tarikan 'gula-gula' buat penonton dewasa.

Apatah lagi Lana akui tidak kisah keseksiannya dipergunakan untuk menarik penonton ke panggung asalkan dapat beraksi dalam karya Afdlin.


Trailer Pontianak VS Orang Minyak

FILEM: Pontianak vs Orang Minyak
ARAHAN: Afdlin Shauki

PELAKON: Nabil Ahmad, Johan Raja Lawak, Sharifah Amani, Sharifah Shahira, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik

GENRE: Komedi

TAYANGAN: 22 November 2012

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Pontianak VS Orang Minyak Sinopsis dan Trailer @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami