Home » » Diana Danielle jawab isu hamil awal

Diana Danielle jawab isu hamil awal

Diana Danielle jawab isu mengandung awal

Berita gembira pengumuman pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil  yang bakal menimang cahaya mata sulung sudah disebarkan di laman sosial. Diana mendedahkan dia tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya mengidam.

"Saya lebih banyak mengidam makan macam-macam, tapi tidak pula mengalami alahan. Sebaliknya alahan itu telah pergi kepada Farid pula.

"Pada minggu-minggu awal dulu, Farid yang selalu muntah-muntah pada waktu pagi sampai apabila pergi berjumpa doktor, dia disyaki mengalami keracunan makanan," kata Diana.

Tempoh menempuh alam perkahwinan yang sudah genap sebulan itu dilalui Diana dan Farid dengan penuh getir apabila ramai pihak yang membuat pelbagai spekulasi mengenai usia kandungan Diana yang difahamkan melebihi angka dua minggu.

Jelas pasangan itu, tohmahan yang tidak berasas itu tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya membuat mereka lebih cekal untuk merencanakan perjalanan hidup sebagai suami isteri selepas ini.

"Pada awalnya, saya tidak terfikir untuk bakal mempunyai cahaya mata dalam tempoh terdekat, tapi apabila saya mendapati ada perubahan pada diri, saya membuat pemeriksaan dan Alhamdulillah saya mengandung!

"Oleh kerana terlalu gembira saya mengumumkan kepada peminat melalui Twitter, selepas itu baru terfikir balik akan kesannya.

"Ramai orang memberikan nasihat kepada saya dan saya sangat berterima kasih. Maknanya ramai yang mengambil berat akan saya.

"Bakal bergelar ibu muda, saya akui sedikit takut tapi saya tidak gementar malah terlalu teruja sebenarnya. Saya menerima rezeki Allah dengan tangan yang terbuka dan mahu membahagiakan suami saya sehabis baik," ujar pelakon filem Jiwa Taiko itu panjang lebar.

Sementara itu, Farid hanya memberi komen ringkas mengenai tindakan Diana mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.

"Itu keterujaan seorang perempuan, selepas buat dia akan berfikir balik,"katanya ringkas.

Ditanya mengenai perancangannya untuk melanjutkan pelajaran di Australia seperti yang telah didedahkannya sebelum ini, Diana enggan mengulas lanjut. Katanya: "Insya-Allah saya akan sambung belajar, kita lihat bagaimana perjalanannya nanti."

Selepas Diana Danielle mengumumkan berita kehamilan bunting pelamin kepada khalayak, ramai yang terasa hati apabila pasangan itu seperti melarikan diri daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan lanjut berhubung perkhabaran itu.



Jelas Diana tidak menafikan hal tersebut, lari dan cuba mengelak daripada berkongsi perihal peribadi memang sebahagian daripada dirinya.

"Saya sentiasa macam itu. Saya boleh berkongsi mengenai kehidupan dengan peminat, tapi tidak berlebih-lebih. Semua yang berlaku sepanjang tempoh ini adalah sangat personal bagi saya," jawab Diana.

Sebaliknya, kata Farid, mereka bukan melarikan diri, tapi mencari ruang untuk diri sendiri dan merancang perkara terbaik untuk masa akan datang.

"Kami juga perlukan masa untuk diri sendiri dan mencari peluang merancang perkara yang kami akan lalui kelak," jelasnya.

Sementara itu, Diana berkongsi perasaan ibunya, Norsiah Ramli, yang bakal bergelar nenek tidak lama lagi.

"Mama selalu bertanya macam mana rupa bakal cucunya nanti? Sebagai anak tunggalnya, pasti dia sangat teruja untuk melihat keturunannya kelak," jelas Diana.

Lawati:
http://www.liriklagumuzika.com

Diana Danielle jawab isu hamil awal @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami