Home » » Aksi PSY di Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina

Aksi PSY di Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina

Psy telah menghiburkan penonton dengan aksi kudanya yang popular sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang.

Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari mendapat sorakan gemuruh lebih 80,000 penonton yang hadir sejak awal pagi.
Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia.

Orang ramai yang menyaksikan persembahannya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil peluang merakam gambar penyanyi yang berasal dari Korea Selatan itu. Psy juga sempat berkomunikasi dengan orang ramai memaklumkan bahawa beliau baru tiba di negeri ini pagi tadi selepas menempuh penerbangan 20 jam dari Brazil. “

Saya meminta maaf kerana membuatkan anda menunggu lama untuk saya menyanyi dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menjemput saya," katanya. - UTUSAN

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Aksi PSY di Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami