Home » » Biodata Anita Sarawak

Biodata Anita Sarawak

Biodata Anita Sarawak

Anita Sarawak dilahirkan pada 23 Mac 1952 atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura, yang pernah menerima anugerah dari "Asian Entertainment Establishment" kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia.


Dilahirkan kepada seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang mashyur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak, walaupun mempunyai 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari.

Anita bermula kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.

Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.

Kepopularannya disebabkan oleh usaha-usaha sentiasa mengubah gaya persembahannya. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa sentiasa menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain yang terbaik dalam dunia muzik.

Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hosTV di Malaysia Anita banyak mengacarakan rancangan2 hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & SURIA CHANNEL di Singapura antaranya seperti :

Phua Chu Kang (cameo appearance guest artist)
SPEAK OF A Diva
Bersama ANITA
MAHLIGAI KITA

Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu: sewaktu dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia; sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan; mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro; serta kontrak perakamannya dengan KRU.

Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan "Anita Sarawak, Koleksi Cinta".

Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1974 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975 , Anita berduet dengan Ismail Haron, dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita. Judul dan lagu-lagu di bawah ini adalah seglintir sahaja.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Biodata Anita Sarawak @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami