Home » » Shila Amzah tetap dapat sokongan peminat, rakan

Shila Amzah tetap dapat sokongan peminat, rakan

Kontroversi percintaan Shila Amzah mencuri tumpuan umum apabila hubungan cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat tentangan daripada ayahnya, ND Lala.

Pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah ini bagaimanapun masih mendapat sokongan dari rakan artis dan peminatnya.


Kontroversi Shila Amzah

Menerusi Twitter, peminatnya tidak henti-henti memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada penyanyi ini. Tidak terkecuali rakan artis seperti Ana Raffali dan Faizal Ismail.

Pernah menghilangkan diri seketika, penyanyi kelahiran program realiti One In A Million (OAIM) ini masih sempat membalas setiap 'tweet' yang ditujukan kepadanya.

Kontroversi cinta Shila mula menjadi bualan hangat selepas ND Lala mendakwa Sharnaaz biadab kerana membelakanginya sebagai orang tua.

Bagaimanapun, surat Shila kepada media menjadikan isu ini semakin panas, ditambah pula kenyataan Sharnaaz yang mahu membatalkan hasratnya untuk merisik Shila.

Juara Asian Wave ini juga menghilangkan diri, bagaimanapun kemunculannya di konsert sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasionaldi Pulau Pinang, Isnin lalu, menghentikan spekulasi. Namun, Shila belum bersedia beri kenyataan.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Shila Amzah tetap dapat sokongan peminat, rakan @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami