Home » » Sinopsis Bunga Merah Punya, Slot Aurora TV9

Sinopsis Bunga Merah Punya, Slot Aurora TV9

Sinopsis Bunga Merah Punya 

Bunga Merah Punya mengisahkan Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama tiga lagi temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga.



Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya.

Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen.

Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah.Disinilah cerita bermula Drama Bunga Merah Punya terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Zul Huzaimy.

Pelakon Bunga Merah Punya: Sharifah Sakinah, Izzue Islam, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Idzham Ismail, Zalfie dan ramai lagi.

Drama 'Bunga Merah Punya' ditayangkan bermula pada 21 Feb 2013, Jam. 8.30mlm - Setiap Khamis, di Slot Aurora, TV9

 

Bunga Merah Punya, Slot Aurora TV9 ( Suhan Movies ) ( Setiap Khamis,8.30 mlm)

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Bunga Merah Punya, Slot Aurora TV9 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami