Home » » Songlap, Bunohan unggul dominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25)

Songlap, Bunohan unggul dominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25)

Filem Songlap terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dan Bunohan (Apparat Sdn Bhd) mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25).

Pada sidang media mengumumkan senarai akhir itu di ibu kota semalam, Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak menerima 15 pencalonan daripada 23 kategori yang dibahagikan kepada dua penganugerahan iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta.

Filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said pula menerima 13 pencalonan daripada 59 filem cereka yang dipertandingkan.

FFM25 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (GAFIM), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bermula 27 Februari ini di e@Curve, Damansara. Pada malam perasmian itu, keputusan Anugerah Cipta akan turut diumumkan.

Penyertaan meningkat

Malam kemuncaknya yang akan menyaksikan pengumuman kategori utama, Anugerah Perdana, akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 2 Mac.

Majlis sidang media itu turut dihadiri Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Datuk Hamdan; Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Raja Dalnish dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Menurut Afendi, penyertaan pada FFM25 meningkat kepada 139 berbanding FFM24 dengan hanya 86 penyertaan.

"Ia jelas menunjukkan peningkatan positif sepanjang penganjuran FFM diadakan. Tidak dinafikan daripada semua pencalonan yang diterima, ia memperlihatkan kualiti berbeza daripada penganjuran sebelum ini.

"Jawatankuasa penjurian juga berhadapan masalah untuk memilih senarai akhir Top 5 memandangkan saingan filem yang bertanding agak sengit," katanya.

INFO

Filem Terbaik

* Bunohan - Apparat Sdn Bhd

* Songlap - Grand Brilliance Sdn Bhd

* Ombak Rindu - Astro Shaw / Tarantella Pictures

* SAM - Skop Productions Sdn Bhd

* 29 Februari - KRU Studios Sdn Bhd

Pengarah Terbaik

* Dain Iskandar Said

* Bunohan

* Effendee Mazlan & Fariza Azlina Ishak

* Songlap

* Osman Ali

* Ombak Rindu

* Syafiq Yusof

* SAM

* Saw Teong Hin

* Hoore! Hoore!

Pelakon Lelaki Terbaik

* Faizal Hussein - Bunohan

* Shaheizy Sam - Songlap

* Pekin Ibrahim - Bunohan

* Shaheizy Sam - SAM

* Zahiril Adzim - Bunohan

Pelakon Wanita Terbaik

* Maya Karin - Ombak Rindu

* Nadiya Nisaa - Jiwa Taiko

* Vanida Imran - Untuk Tiga Hari

* Sara Ali - Songlap

* Farah Nazirah - Hoore! Hoore!

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

* Husyairi Husai - Bunohan

* Syafie Naswip - Songlap

* Amerul Affendi - Bunohan

* Bront Palarae - Jiwa Taiko

* Omar Abdullah - Songlap

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

* Normah Damanhuri - Songlap

* Fauziah Nawi - Hoore! Hoore!

* Lisa Surihani - Ombak Rindu

* Nabila Huda - Jalan Kembali

* Lana Nordin - Chow Kit

Pengarah Harapan Terbaik

* Syafiq Yusof - SAM

* Goh Aun Hoe - Seefood

* Ghaz Abu Bakar - Hantu Kapcai

* Nizam Zakaria - Cinta Kura-Kura

* Teng Bee - Kepong Gangster

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik

* Shahrizal Jaszle - Azura

* Izzue Islam - 29 Februari

* Hazama Azmi - Apa Celop Toq

* Akim Ahmad - Hoore! Hoore!

* Iedil Putra - Ngorat

Pelakon Harapan Wanita Terbaik

* Farah Nazirah - Hoore! Hoore!

* Jojo Goh - 29 Februari

* Neelofa - Azura

* Shima Anuar - Sumpahan Kum Kum

* Mon Ryanti - Keramat

Lakon Layar Terbaik

* Dain Iskandar Said - Bunohan

* Fariza Azlina Ishak - Songlap

* Edry Abdul Halim - 29 Februari

* Goh Aun Hoe - Seefood

* Afdlin Shauki - Untuk Tiga Hari

Senimatografi Terbaik

* Songlap

* 29 Februari

* Misteri Jalan Lama

* Hoore! Hoore!

* Ombak Rindu

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Songlap, Bunohan unggul dominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami