Home » » Drama Karlos TV3 Sinopsis

Drama Karlos TV3 Sinopsis

Drama Karlos TV3 Sinopsis

Drama bersiri Karlos dilakonkan barisan pelakon berbakat seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena dan Jay Iswazir.

Disiarkan setiap Isnin jam 9 malam sejak 4 Mac lalu, Karlos mengisahkan perjalanan hidup remaja, Irwan Zaid (lakonan Johan) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh ayahnya sendiri, Rashid (Namron). Bahkan ibunya, Zai (Sherlie Merlis) pula sendiri tidak mampu melakukan apa-apa.

Drama Karlos
Seorang kaki judi, Rashid sangat membenci Irwan. Malah dendam dan marahnya terhadap anaknya itu membuatkan dia tidak memberi belanja sekolah dan tidak mahu melihat Irwan berada di rumah. Tanpa perhatian dan kasih sayang, Irwan cuba membina kehidupannya sendiri bersama dua orang rakannya.

Konflik hidup dihadapi Irwan membuatkan dia akhirnya hilang arah tujuan. Sebaik ditangkap polis, Irwan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di pusat itu, Irwan mempelajari erti sebenar penderitaan. Lagi pun, sebagai pelatih baru, dia juga tidak mempunyai kawan hingga nyaris diliwat.

Mujur ada Kenji (lakonan Syazwan) yang menyelamatkan Irwan daripada menjadi mangsa liwat Adib (Jay Iswazir). Sejak itu, wujud perhubungan baik antara Irwan dan Kenji. Bahkan berasa Irwan kurang sesuai dengan nama seorang samseng maka Kenji meminta ia ditukar dengan gelaran baru sebagai Karlos.

Drama Karlos diarahkan oleh Mohamed Feroz Abdul Kader terbitan Neon Production Sdn Bhd akan menemui penonton di TV3 sebanyak 13 episod.

OST Karlos: Karma - Faizal Tahir

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Drama Karlos TV3 Sinopsis @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami