Home » » Sinopsis Filem Dua Kalimah lakonan Nora Danish

Sinopsis Filem Dua Kalimah lakonan Nora Danish


Sinopsis Filem Dua Kalimah
Dua Kalimah mengisahkan Aiman membawa kekasihnya, Selena pulang ke kampung halamannya. Dalam perjalanan pulang, mereka ditimpa kemalangan apabila teksi yang dinaiki berpusing, manakala pemandu teksinya tercampak keluar dan mati dalam keadaan ngeri. Bagaimanapun, Aiman dan Selena diselamatkan Pak Daud.

Ketika di rumah Pak Daud, barulah Aiman tahu pemandu teksi, Qashaf adalah pengamal ilmu hitam. Ketika menyempurnakan jenazah Qashaf, mayatnya kelihatan ngeri, busuk dan mengeluarkan lendir hitam.

Aiman dan Selena juga melihat azab pada mayat anak angkat Pak Daud dan Mak Som, Pian yang meninggal dunia ketika meratap di kubur ibunya. Pian yang cacat dan bersikap pelik sebelum ini pernah menderhaka pada ibunya. Dia mencekik ibunya sehingga menyebabkan kematian. Mayat Pian dikuburkan dalam keadaan berulat dan ular sedia menunggu di liang lahad.



Dan jenazah Maria, seorang pelacur yang sering melakukan kemungkaran turut dikuburkan dalam keadaan aib. Ulat keluar dari celah kemaluan, kuburnya berair dan muka berulat cukup menakutkan Selena.

Selena melihat sendiri kejadian demi kejadian dan ingin bertaubat, malah Selena berharap Aiman yang memiliki ilmu agama yang tinggi, selain anak seorang ustaz dapat membawanya kembali ke jalan Allah selepas sekian lama hidup dalam kejahilan, apatah lagi keadaannya ketika itu hamil anak luar nikah.

Bagaimanapun, Aiman masih belum insaf sehinggalah mereka pulang ke kampung halaman dan Aiman memperkenalkan Selena sebagai isterinya. Apabila bertemu dengan tunang yang ditinggalkan, Humaira nyata Aiman masih menyayanginya. Aiman banyak berbohong pada keluarganya menyebabkan Selena berada dalam keadaan serba salah. Akhirnya, Aiman ditimpa bala ketika mahu melakukan perbuatan yang tidak elok kepada Humaira.

Lakonan: Nora Danish, Shaheizy Sam

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Filem Dua Kalimah lakonan Nora Danish @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami