Home » » Filem Bisikan Syaitan Sinopsis + Trailer

Filem Bisikan Syaitan Sinopsis + Trailer

Sinopsis Bisikan Syaitan

Bisikan Syaitan mengisahkan pasangan suami isteri, Kamil (Fizz) dan Soraya (Nabila) yang membuat perjanjian dengan syaitan semata-mata untuk hidup senang. Kamil yang berkelulusan undang-undang, terpaksa bekerja sebagai pemandu lori kerana sukar mendapatkan pekerjaan.

Kesempitan hidup mereka menyebabkan Soraya menghasut Kamil untuk membuat perjanjian dengan syaitan. Kamil akur dan sebagai syarat, dia terpaksa menceraikan Soraya demi kebaikan bersama.

Bisikan Syaitan
Kemudian, Kamil berkahwin dengan Iera (Fiza). Apabila anak pertama, Jasmine (Farrah Nadiah) dilahirkan, Soraya memaksa Kamil membunuh isterinya sebagai korban pertama.

Bagi menunaikan janji mereka kepada syaitan, setiap 10 tahun sekali, mereka dikehendaki mencari wanita yang mengandungkan anak sulung untuk dijadikan korban.

Namun, Soraya terjerat dan ditahan polis kerana membunuh. Dia kemudian dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Kerana tidak menunaikan janji kepada syaitan, satu persatu ahli keluarga Kamil dibunuh, manakala anaknya pula dibayangi Soraya.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Trailer Bisikan Syaitan

Filem Bisikan Syaitan Sinopsis + Trailer @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami