Home » » Lirik Lagu Nothing Like Us - AshT and Big-I

Lirik Lagu Nothing Like Us - AshT and Big-I

Lirik Lagu Nothing Like Us - AshT and Big-I 

Salam perkenalan kini berjumpa lagi,
maaf dengan kata, janji tak mengulangi,
masih berulang lagi, mungkin baru nak mengenali,
setahun sudah kenal, cuba kenal isi hati.

Jujur aku bukan insan secukup rasa,
kisah lampau kita aku terima seadanya,
ku faham, ku redha dengan ketentuanNya,
tiada niat menghalang, cuma mahu ke syurga.

permysuri, hanya kau yang memahami,
sukar untuk aku hendak mengawal diri,
bila rindu, emosi terganggu, aku jadi rebah,
ingin bersama kamu bila diri aku lemah.

tersalah bicara, terasa pula wahai adinda,
tiada niat KU buat mu bermasam muka,
tak usah begini, buat ku tanda tanya,
cuba ingat kembali kenangan kita bersama.

----------------------------------------­---------------

bila celik mata, yang lepas kita lupa,
konflik sudah tamat dari tidur yang lena.
tanya apa khabar, balas satu sahaja,
diriku yang bersalah minta maaf adinda.

perlahan suaraku, bila mula bicara,
merendahkan ego ku, waktu bersua muka.
nahh, bukan takut bini,
tapi biarlah ku jadi si pelembut hati.

cinta, kemari kesini.
tidak pernah terlintas untuk melukakan hati
mu, sesungguhnya, engkaulah si puteri.
hati ku ditawan oleh kamu bidadari.

tercipta kita berdua itu yang paling sempurna,
biar bukan sekarang tapi engkau lah selamanya,
senyumlah, jangan pernah berduka,
moga kamu peneman ku hingga ke syurga.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Nothing Like Us - AshT and Big-I @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami