Home » » Sinopsis Tokak, filem seram komedi

Sinopsis Tokak, filem seram komedi

Sinopsis Tokak

Tokak mengisahkan seorang pengurus hotel, Iskandar yang menemui kotak misteri ketika berjogging di tepi pantai. Perasaan ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak menyebabkan dia membuka kotak misteri itu. Rupa-rupanya kotak itu `dihuni' roh jahat jelmaan Sungai Raya.

 Bagi memulihkan dirinya daripada dirasuk, Iskandar perlu membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan maksiat dalam tempoh satu malam, iaitu bermula dari azan Maghrib hingga sebelum Subuh.

Insiden itu menyebabkan beberapa kejadian pelik berlaku di hotel tempat Iskandar bekerja. Makhluk itu menokak atau menggigit wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Kemunculan Ustaz Haikal berjaya menyelamat tunangannya daripada menjadi mangsa tokak terakhir.

Pelakon Filem Tokak: Sabree Fadzil, Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak 4, Julia Ziegler, Abon, Keena Mentor, Lana Nordin dan ramai lagi .

Pengarah Tokak: Sabree Fadzil

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Tokak Official Trailer

Sinopsis Tokak, filem seram komedi @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami