Home » » Lirik Lagu Hidup Sementara - Akhdan

Lirik Lagu Hidup Sementara - Akhdan

Lirik Lagu Hidup Sementara- Akhdan

Dalam meniti usia,
Usah alpa arus dunia,
Andai diri selalu berbuat dosa,
Bertaubatlah sementara bernyawa.

Taat perintah Allah,
Ikuti sunnah Rasulullah,
Beramal beribadah,
Mohon maghfirah,
Moga selamat dunia akhirat.


Korus
Ingatlah wahai insan insani,
Hidup di dunia sementara,
Suatu saat nafas terhenti,
Jasad kaku diusung ke pusara,
Tinggallah semua anak tercinta,
Harta dunia tiada berguna,
Segala amalan di bawa bersama,
Buruk baiknya dihitung di sana.

Ingatlah wahai insan insani,
Hidup di dunia sementara,
Suatu saat nafas terhenti,
Jasad kaku diusung ke pusara.

Di padang mahsyar terhimpun semua,
Amalan dihisab bermula,
Amalan Ma'ruf menuju syurga,
Kemungkaran terjunam ke neraka,
Insaflah insan semua,
Hidup di dunia sementara.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Hidup Sementara - Akhdan @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami