Home » » Belasungkawa Noreen Noor (1959 - 2013)

Belasungkawa Noreen Noor (1959 - 2013)

Biodata Profil Noreen Noor

Nama asal: Noraine Mohd Nor

Asal: Singapura

Profesion: Penyanyi, pelakon

Album: Kepastian, Dariku Untukmu, Air Mata

Filem: Talak, Marah-marah Sayang, Hantu Siang, Wira Angkasa, Pelumba Malam, Raya Tak Jadi


Noreen Nor

Noreen Noor adalah pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 80an.

Noreen Noor merupakan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, tetapi dibesarkan di Malaysia.

Noreen mula merakamkan album berjudul Kepastian bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS). Menyusul selepas itu ialah album Dariku Untukmu, Air Mata dan Sunyi.

Noreen Noor popular dengan lagu "Siang Terbayang Malam Merindu" yang sering diputarkan di radio.

Nooreen bukan sahaja terkenal melalui nyanyiannya, malah Noreen yang suatu ketika dahulu digelar sebagai 'artis paling seksi Malaya' juga popular di layar perak.

Noreen menempa nama di layar perak dengan filem pertama lakonannya ialah Talak pada 1980.

Selain Talak, antara filem yang pernah dibintanginya adalah filem "Hantu Siang", "Wira Angkasa" dan "Pelumba Malam"

Noreen Noor pernah mendirikan rumahtangga sebanyak 3 kali.

Beliau pernah berkahwin dengan Tengku Kamaruzzaman Ibni Sultan Abu Bakar, Baharuddin Ngah dan Datuk Mokhtar Ahmad.

Antara rakan artis seangkatan dan baik dengan Noreen ialah Norshila Amin, Siti Fairuz, Khatijah Ibrahim, Azizul Khamis serta komposer Eddie Hamid.

Noreen Noor telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 2013 iaitu pada pukul 5.50 pagi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Noreen Noor meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang.

Jenazah Noreen dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam.

Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak iaitu Danial Baharudin dan Diana Tihani (anak angkat).

Petikan kata Noreen Noor:
"Hidup saya tidak pernah lekang diuji dengan berita sedih. Bermula dengan kematian abang saya, disusuli pula dengan pemergian ibu tercinta menghadap Ilahi... Kematian dua insan paling rapat dengan saya ini menyebabkan saya bagai hilang arah. Saya asyik meratapi kehilangan dua insan ini.

"Malah, pernah terfikir juga untuk saya mengikuti langkah arwah abang dan ibu, sehinggakan hampir setiap malam saya memanjangkan doa agar Tuhan mengambil nyawa saya dalam tidur. Tak sanggup rasanya menghadapi penderitaan ini," ~ Noreen Noor

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Belasungkawa Noreen Noor (1959 - 2013) @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami