Home » » Hantu Tok Mudim Sinopsis, "Lu Kerek Gua Potong"

Hantu Tok Mudim Sinopsis, "Lu Kerek Gua Potong"

Hantu Tok Mudim Sinopsis

Hantu Tok Mudim berkisar mengenai tragedi ngeri yang menghantuiKampungSeriMenawan apabila hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Toq Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.
Hantu Tok Mudim

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Toq Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.

Penulis : Nurulsyahida Fadzil
Pengarah : Waan Hafiz
Produser : Showbiz
Pelakon : Izzue Islam, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, A.R Badul,Adrea Abdullah dan Norhayati Taib

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

OST Hantu Tok Mudim - Potong 

Hantu Tok Mudim Sinopsis, "Lu Kerek Gua Potong" @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami