Home » » Sinopsis Cinta Mat Semperit lakonan Aeril Zafrel

Sinopsis Cinta Mat Semperit lakonan Aeril Zafrel

Sinopsis Cinta Mat Semperit

Cinta Mat Semperit mengisahkan Kak Lola, lakonan Fasha yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih itu terbaik di kampung.

Namun, bakat Kak Lola dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman) yang ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih tradisional itu.
Barisan pelakon 'Cinta Mat Semperit'.

Cinta Mat Semperit

Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani membantu dia menjadi perisik bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola dengan cara berkawan rapat dengan adik lelaki wanita tersebut iaitu Ariel.

Kebetulan pula, ketika itu Ariel sememangnya meminati Ariani dalam diam dan ia memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan lelaki itu.

Keinginan Ariani membantu abangnya kerana dia dijanjikan akan mendapat hadiah motosikal sekiranya berjaya mendapat resipi kuih semperit tersebut.

Demi mendapatkan motorsikal idaman, Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya dan kerana ingin memenangi hati Ariani, lelaki itu sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit daripada kakaknya.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang telemovie ini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter, 'TV3Malaysia'.

Cinta Mat Semperit lakonan Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha dan Roy Azman.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Cinta Mat Semperit lakonan Aeril Zafrel @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami