Home » » Sinopsis Mencintaimu, drama TV2 lakonan Beego

Sinopsis Mencintaimu, drama TV2 lakonan Beego

Sinopsis Mencintaimu

Mencintaimu mengisahkan tentang cinta tiga segi antara dua sahabat Natasya (Faralyna) dan Maria (Intan Ladyana) demi memenangi cinta dari Johan (Beego).

Maria mengalah demi persahabatan mereka. Namun cinta yang di semai antara Johan dan Natasya tidak kesampaian kerana mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa bakal pengantin perempuan ketika di Malaysia. Johan hilang ingatan. Maria menjadi teman setia Johan bagi memulihkan ingatannya.

Maria merasakan dia akan mendapat kembali cinta Johan walaupun selama ini Johan tidak tahu tentang perasaannya. Tuhan maha kuasa, muncul Anisa yang mirip dengan wajah arwah Natasya dan diambil bekerja sebagai pembantu peribadi Johan.

Adakah usaha Maria akan membuahkan hasil dengan kewujudan Anisa sebagai pesaing? Adakah Anisa juga memendam perasaan terhadap majikannya Johan? Mampukah Johan mengingati kisah silamnya dan mendapatkan cinta sejati?

Sementara itu juga, sebuah lagu tema berjudul Mencintaimu ciptaan Ajai telah digubah khas dan telah dinyanyikan oleh Suki.

Pelakon Mencintaimu: Beego, Intan Ladyana, Faralyna Idris, Linda Hashim, Azhar Sulaiman, Amar Baharin, Amran Ismail, Raja Ema, Wan Nor Azlin dan Mustafa Kamal.

SAKSIKAN DRAMA BERSIRI "MENCINTAIMU" INI SETIAP HARI KHAMIS, MULAI 3 OKTOBER 2013, JAM 9 MALAM DI TV2

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Mencintaimu, drama TV2 lakonan Beego @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami