Home » » Anugerah Shout! 2013: Joe Flizzow menang Ultimate Shout Award

Anugerah Shout! 2013: Joe Flizzow menang Ultimate Shout Award

Anugerah Shout! 2013: Joe Flizzow menang Ultimate Shout Award

Anugerah tertinggi yang dipertandingkan menerusi Anugerah Shout! 2013 iaitu Ultimate Shout Award menjadi milik Joe Flizzow.

Anugerah itu disampaikan oleh kumpulan KRU di hadapan 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, yang turut bersiaran secara langsung menerusi saluran 8TV bermula jam 8.30 malam tadi.

Bersiaran untuk edisi keempat, Anugerah Shout! 2013 adalah anugerah yang dikhususkan untuk penggiat muzik daripada 18 anugerah keseluruhannya yang meliputi kategori muzik, TV dan Filem, radio serta media sosial.

Hafiz mengungguli kategori muzik dengan memenangi kategori Popstar Award dan Power Vocal Award manakala Jay Walia dinaungkan sebagai Best New Act. Mizz Nina dan Jay Park pula dipilih sebagai pemenang kategori Flava Award serta Bunkface, Rockstar Award.

Pemenang bagi kategori TV dan Filem iaitu Best On-Screen Chemistry Award diungguli oleh Zizan Razak dan Johan, manakala Versus 2 dianugerahkan Favorite TV Program Award.

Manakala kategori radio pula, Fara Fauzana diumumkan sebagai Coolest Radio Announcer Award dan Johara Pagi Era memenangi kategori Favourite Radio Show Award.

Sementara itu, kategori `Works' yang mengiktiraf selebriti wanita dan lelaki tempatan paling menarik dimenangi oleh Nur Fazura dengan gelaran Hot Chick Award dan Aaron Aziz, Hot Guy Award.

Khairy Jamaluddin turut terima anugerah

Wired Celebrity Award pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun twitternya @khairykj dan Shout! Aloud Award dimenangi oleh Matluthfi90.

Dihoskan oleh Razif Hashim dan Natalie Kniese, anugerah malam itu dimeriahkan dengan persembahan Shane Filan, Joe Flizzow, Reshmonu, Paperplane Pursuit, Najwa Latif, Froya, Salam Musik, Manifesto, Vince Chong dan Kuah Jenhan.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Anugerah Shout! 2013: Joe Flizzow menang Ultimate Shout Award @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami