Home » » Sinopsis filem 47 Ronin + Official Video Trailer

Sinopsis filem 47 Ronin + Official Video Trailer

Sinopsis filem 47 Ronin

47 Ronin berdasarkan sebuah legenda Jepun yang menceritakan tentang keberanian 47 orang samurai di awal abad ke-18.

Selepas ketua mereka dibunuh dan orang-orang mereka dihalau dari tanah mereka sendiri, sekumpulan samurai yang kini tidak bertuan (yang digelarkan 'ronin') nekad untuk membalas dendam, sekaligus mengembalikan maruah orang-orang mereka. Namun, pembalasan yang dicari hanya dapat dilaksanakan dengan bantuan Kai, lakonan Reeves, seorang samurai berdarah campur yang pernah ditolak mereka satu ketika dulu.

Seorang anak yatim piatu, Kai membesar di perkampungan Ako. Dilatih sejak kecil oleh makhluk ghaib yang dipanggil Tengu, Kai kemudiannya diselamatkan Tuan Asano. Terhutang budi atas penjagaannya, Kai bersetuju menyertai Oishi dan ronin yang lain untuk melancarkan serangan mereka ke atas Tuan Kira.

Sinopsis filem 47 Ronin

Bersama mereka perlu berdepan pelbagai cabaran dari makhluk mitos ke ahli sihir yang mampu berubah bentuk sebelum tiba di destinasi yang dituju bagi melaksanakan rancangan mereka.

Pelakon 47 Ronin: Keanu Reeves , Hiroyuki Sanada ('The Last Samurai'), Tadanobu Asano ('The Wolverine', 'Thor: The Dark World'), Rinko Kikuchi ('Babel', 'Pacific Rim') dan Ko Shibasaki ('One Missed Call').

Filem aksi 3D 47 Ronin arahan Carl Rinsch ('The Gift')


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com


Sinopsis filem 47 Ronin + Official Video Trailer @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami