Home » » Al-Fatihah! Pelakon Azean Irdawaty meninggal dunia (1950-2013)

Al-Fatihah! Pelakon Azean Irdawaty meninggal dunia (1950-2013)

Azean Irdawaty meninggal dunia

Pelakon Azean Irdawaty yang menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Azean Irdawaty meninggal dunia

Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama, di sini.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara di sini kira-kira pukul 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Al-Fatihah! Pelakon Azean Irdawaty meninggal dunia (1950-2013) @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami