Home » » Tokan Sinopsis + Official Trailer Tokan

Tokan Sinopsis + Official Trailer Tokan

Tokan Sinopsis

Tokan mengisahkan berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua pengedar dadah atau dipanggil tokan di negara ini, termasuk Tuan Kamil yang juga tokan besar di Melaka. Tuan Kamil mempunyai dua anak perempuan iaitu Suri serta Wana. Di bawah kuasa Tuan Kamil, ada tujuh tokan lain antaranya Mat Lobe, lakonan Zizan.

Mat Lobe adalah tokan paling muda di Melaka dan seorang yang kelakar serta suka bergurau. Sementara itu, Suri, Wana, Yusof dan Solihin, seorang lagi tokan di Melaka sering disakat Mat Lobe. Solihin seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah dan dia banyak menghabiskan masa dalam makmal memproses bahan haram itu.

Sementara itu, Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan sebelum ditawarkan bekerja di sebuah kilang dimiliki Tuan Kamil. Selepas beberapa bulan kerja, Tuan Kamil melantiknya sebagai pegawai peribadi.

Sepanjang berkhidmat dengan Tuan Kamil, Yusof tidak pernah terbabit dalam kejadian tidak diingini sehingga terjumpa dengan Rano. Rano diupah untuk membunuh semua tokan di Malaysia. Rano turut menyimpan dendam terhadap tokan di negara ini berikutan adik perempuannya yang pernah ditangkap untuk dijadikan keldai dadah di Brazil.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Tokan Sinopsis + Official Trailer Tokan @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami