Home » » Hafiz Suip menang Juara Lagu 28, lagu Bahagiamu Deritaku

Hafiz Suip menang Juara Lagu 28, lagu Bahagiamu Deritaku

Hafiz Suip menang Juara Lagu 28

'Bahagiamu Deritaku' nyanyian Hafiz Suip mengungguli Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) apabila menewaskan 11 lagu lain yang bertanding. Sebagai juara, lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri ini berjaya meraih wang tunai berjumlah RM35,000 berserta trofi.


Selain itu, Hafiz turut membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi apabila diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik. Tambah manis, 'Bahagiamu Deritaku' turut membawa pulang Anugerah Juara Mobile kerana mendapat muat turun Call Me Tones paling tinggi menerusi The Cube oleh XPax.

'Hanya Aku' oleh Hyperact ciptaan Hyperact dan lirik oleh Frozen dinobatkan sebagai Naib Juara dan berjaya menerima trofi serta wang tunai berjumlah RM15,000.

Sementara 'Kalau Aku Kaya', nyanyian Altimet dan Awi Rafael pula menggondol tempat ketiga. Lagu hasil ciptaan Omar K bersama Audi Mok dan lirik oleh Altimet ini  menerima trofi serta wang tunai bernilai RM12,000.

Kategori Vokal Terbaik yang menjadi milik Hafiz pada tahun lalu berjaya dirampas oleh Jaclyn Victor menerusi lagu 'Ikut Rentakku'. Kategori idaman ramai penyanyi ini memberi ganjaran wang tunai berjumlah RM10,000 serta trofi.

Diacarakan oleh AG dan Scha Al Yahya, AJL28 yang bersiaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad, jam 9.00 malam di TV3 dimulakan dengan acara Karpet Ungu yang dihoskan oleh Aidid Marcello, Hani Hatim dan Yana Samsudin. Acara ini disiarkan menerusi Hip TV bermula jam 7.30 malam.

Mengangkat tema 'Game On', tirai malam anugerah dimulakan dengan persembahan berkonsep ‘battle’ vokal oleh Shila Amzah dan Mus May menyanyikan lagu 'Mahakarya Cinta'. Persembahan diteruskan dengan 'battle' tarian oleh Funky Fresh Family.

Di segmen interlude, AJL28 mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baru dan lama antaranya Waris, Zaidi dari One Nation Emcees, Ziana Zain, Filsuf, DJ Fuzz, Dato’ M.Daud Kilau dan Amy Search. Lagu-lagu seperti 'Pawana', 'Putus Terpaksa', 'Sangkar Cinta', dan 'Cik Mek Molek' diberikan nuansa baru muzik hip hop.

Juri-juri yang mengadili malam AJL28 adalah Aubrey Suwito, Acis, Helen Yap, Edrie Hashim, Ajai, Cat farish, Habsah Hassan, Ad Samad dan Taja manakala Azmeer bertindak selaku Ketua Juri.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Hafiz Suip menang Juara Lagu 28, lagu Bahagiamu Deritaku @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami