Home » » Lirik Lagu #PANTUN100KERAT : Aman RA

Lirik Lagu #PANTUN100KERAT : Aman RA

Lirik Lagu #PANTUN100KERAT : Aman RA

Pantun seratus kerat
ini ingin aku tuju kan
kepada sesiapa yang rasa
dia takda tujuan..
yang masih tercari-cari kan
fungsi kewujudan

Janji dengar, cukup
tak perlu persetujuan
tapi kalau nak angkat tangan
angkat lah tinggi tinggi

Angkat tangan tak bererti
tanda serah diri
tapi angkat tangan
dengan satu niat dalam hati

Ku angkat tangan
tok capai cita-cita yarabbi
beri yang terbaik
ku pinta beri yang terbaik
sebab dah lama dah
ku rasa hidup ku dah macam taik

Otakku hanya pikir just duit
macam slogan Nike
so kalau nasib ku berubah
yo itu berita baik..
pasal semalam aku lapar
harap esok aku kenyang
tapi bila apa perlu cukup
aku susah diri

tak goyang time susah
cuma royan time senang
sebab time tu lah

aku prasan aku lupa diri
dalam itu, ku terfikir..
apa usul aku?

& apa motif
nyawa ini dalam tubuh aku?

si IQ tinggi aku tgk
cuba kutuk aku

si IQ rendah cuba jadi
musuh aku

Ahh boleh pergi mampus
dengan jujur aku
satu per satu
kena padam musuh aku

modal aku cuma siku
dan lutut aku
so kalau tersungkur bro
cuba belajar tunjuk malu

beza aku & kau..
aku lain macam punya jantan
bukan fighter
cuma lain macam punya baran

so jangan buat perangai
lain macam punya kawan
bukan ko sorang je
ada lain macam punya kawan

separa genius.
separa lagi aku sewel
kepala otak ku
berpusing-pusing macam piring freewheel

namun beban di bahu
kian lama kian berat
situasi sekeliling
kian lama kian tenat
wahyu diperlukan.
wahyu diberikan.

kini aku menafsir maksud
setiap pengertian.
aku bukannya nabi bila berpuisi
cuma ingin isi hati ku ini berisi bila ku:

R-A-P aku
lain punya liga
bukan divisi satu,
atau dua, atau tiga

bukan artis astro
ataupun media prima
dan bukannya artis Kartel
ataupun Qarma

ini mesej untuk
setiap agent booking
yang masih tak kenal
aku siapa lagi mungkin

lain macam aku MC
bila aku mc, mc lain mc
baik letak jawatan takut nanti
ada yang perlukan rawatan rapi

kalau tak pun
ada yang tak sedar diri
konon mancis
lawan senjata api

1 das, 2 das, 3 das, kecut
3 dan, 2 dan, 1 dan pecut
masuk muzik-muzik
aku taknak 5 minit..
ku tukar jadi concert
semua nynayi sekali lirik

& maafkan aku
kalau tangan ku mengamuk
dan jari hantu ku menjelma
tanda dah dirasuk..

punca + akibat.
punca + akibat.
aku tak takut mati.
aku cuma takut akhirat

dah macam-macam
cara aku cuba lihat
duniawi ini yang penuh
illusi + muslihat

& tiba-tiba ketujuh-tujuh
chakraku selari
diterangi 7 spektrum
warna pelangi

visi duapuluh/duapuluh
bila aku memerhati
erti sebenar
hidup ini sebelum mati.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu #PANTUN100KERAT : Aman RA @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami