Home » » Sinopsis Fobia Malam Pertama (FMP) lakonan Julia Perez

Sinopsis Fobia Malam Pertama (FMP) lakonan Julia Perez

Sinopsis Fobia Malam Pertama (FMP)

Filem Fobia Malam Pertama mengisahkan Zaty, pelajar sebuah kolej yang fobia untuk berkahwin.

Dia percaya dia akan mati ketika melahirkan anak akibat sumpahan terhadap keluarganya selepas moyang Zaty pernah membuat perjanjian dengan saka. Mengikut kepercayaan keluarganya, saka berkenaan akan ‘mengambil nyawa’ ahli keluarga wanita sebaik saja mereka melahirkan anak pertama.

Fobia Malam Pertama

Sementara itu, Asraf pelajar di kolej sama baru pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun berada di Indonesia. Ayahnya, Haji Kamaruddin pula ingin melihat dia berkahwin dengan seorang dara.

Walaupun Asraf kurang bersetuju dengan syarat ayahnya itu, dia tidak pula membantah. Suatu hari, rakan baiknya di kolej, Angah membuat hipnosis ke atas Zaty dan mendapat tahu gadis itu masih lagi dara.

Lalu, Asraf yang sudah ada teman wanita di Indonesia bernama Maria cuba memikat Zaty. Hidup Maria yang sosial menyebabkan Asraf tidak menyukainya apatah lagi untuk dijadikan isteri.

Zaty bersetuju berkahwin dengan Asraf, namun cuba mengelak untuk mendampingi Asraf hingga memberikan suaminya minum ubat bagi melemah syahwat. Namun tidak lama selepas itu, Zaty tetap mengandung lalu dia menjadi fobia untuk melahirkan anak.

Pelakon Fobia Malam Pertama: Azad Jasmin, Shafnida Syuhaimi, Julia Perez, Razali Hussain, Faizal Hussein, Zarina Zainoordin, Khairil Anuar, dan ramai lagi ini

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Fobia Malam Pertama (FMP) lakonan Julia Perez @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami