Home » » Lagu Akui Cinta - MyOwnStory Di Bawah Label Seven Eleven

Lagu Akui Cinta - MyOwnStory Di Bawah Label Seven Eleven

Lagu Akui Cinta Taruhan MyOwnStory Di Bawah Label Seven Eleven

Bermula dengan hanya memuat naik video lagu-lagu “cover”,  tuah 3 anak muda ini semakin menjadi setelah dilamar syarikat rakaman Seventeen Eleven Music Sdn Bhd sejak November tahun lalu.

Kumpulan yang diasaskan di Sungai Petani Kedah ini mula mengorak langkah setelah melihat rakan mereka yang juga berasal dari Sungai Petani iaitu kumpulan “Iamneeta” mulai dikenali dan diterima ramai pendengar muzik tanahair.

MyOwnStory di anggotai oleh Own (Vokalis) Kim(Gitar Pertama ) Dan Remy(Gitar Kedua) .Apa yang menarik tentang kumpulan ini adalah Remy merupakan anak kepada composer terkenal tanahair iaitu “S.Atan” darah seni yang di miliki Remy menjadi aset bagi kumpulan ini.

Single pertama MyOwnStory yang berjudul Akui Cinta baru sahaja dilancarkan Mac lalu hasil ciptaan gitaris pertama kumpulan ini iaitu Kim.

Dengan lahirnya single ini diharap kumpulan MyOwnStory lebih dikenali oleh peminat tanahair sejajar dengan maksud “MyOwnStory” itu sendiri. Selain itu lagu Akui Cinta juga terpilih untuk di jadikan runut bunyi bagi drama Romi Cinta Julia.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lagu Akui Cinta - MyOwnStory Di Bawah Label Seven Eleven @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami