Home » » Lisdawati dah maafkan Sharnaaz?

Lisdawati dah maafkan Sharnaaz?

Lisdawati maafkan Sharnaaz?

Beberapa bulan lalu, heboh memperkatakan tentang persengketaan Lisdawati bersama Sharnaaz Ahmad apabila perang mulut dua pelakon ini dikatakan agak serius sehingga bakal berdepan dengan tindakan mahkamah.

Namun, keadaan menjadi reda apabila pelakon yang popular dengan filem KL Menjerit ini mengambil tindakan wajar apabila mengumumkan dirinya sedia memaafkan Sharnaaz.

Lisdawati yang sebelum ini mendakwa Sharnaaz memaki dan memarahinya di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta itu nampaknya kini kelihatan lebih tenang apabila diajukan soalan berkaitan perkara itu, ketika ditemui di majlis pelancaran program hiburan H Live! malam kelmarin.


Malah, pelakon ini mengakui sudah menutup kisah lama yang boleh mendatangkan masalah dan kini hanya mahu ketenangan bersama suaminya yang  tidak sabar menanti kelahiran anak ketiga.

Ditanya adakah suaminya, Fauzi Nawawi juga sedia menjernihkan keadaan dan memaafkan Sharnaaz, menurut Lisdawati mereka sepakat dan tidak mahu mengenang masa lalu.

Menganggap ia sebagai salah faham, Lisdawati berharap supaya perkara itu diselesaikan segera.

“Selepas pergi ke sana (umrah) saya dan suami dah tutup buku. Jadi segala perkara buruk saya dah buang. Saya dah maafkan segala yang berlaku.

"Dan jika dia (Sharnaaz) mahu bersemuka, saya mengalukan dia supaya telefon secara terus saja, saya akan memaafkannya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kesihatannya, Lisdawati mengakui kandungannya berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan dirinya.

“Saya sihat dan kandungan sihat. Sebelum ini tak payah cakap lagilah. Itu semua cerita lama,” katanya. ~ SH

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lisdawati dah maafkan Sharnaaz? @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami