Home » » Lirik Lagu Hitam - Dualiti Feat Ameerais

Lirik Lagu Hitam - Dualiti Feat Ameerais

Lirik Lagu Hitam - Dualiti Feat Ameerais

Genap perempat abad
Tempuh liku-liku kota
Komplikasi tanpa nokhtah
Dihadapi tanpa nota

Tanpa tempat untuk berlari
Bila semua tak menjadi
Kelawar panjat keluar
Perigi tanpa tali

Impian terancam saat dihimpit tekanan
Bahu memikul bebanan langkah tetap kehadapan
Tiada masa tuk sesalan
Kecut perut atau ego

Belajar dari semalam tapi hidup untuk esok
Ini buat yang sedar dan enggan berdiam
Tiap kali digegar tetap teguh qiam
Walau buta mata takkan putus asa
Mungkin tak sempurna tapi jauh dari biasa

Korus
Beginilah rasanya mencari dalam gelita
Berikanku petunjuk hitamnya hidup
Hanya bergantung nasib
Pada diri sendiri
Pertaruhkan nawaitu hitamnya hidup

Langkah diorak
Lukisan hidup dicorak
Jarang menang sorak
Tapi cahaya hidup ditolak
Berteduh di dalam kotak
Takut benar gunakan otak
Kepala dicukur botak
Jalan berkepak dan mukanya bongkak

Hidup kais pagi makan pagi
Kais petang makan malam
Kais hari ni untuk esok
Hari ni makan yang semalam
Rutin tak teratur
Hati tak pernah tenteram
Ingin saja mengelamun
Biar fikiran jauh melayang

Hitam mengekor bagai bayang
Menghantui hingga sekarang
Dari depan dan belakang
Bagaikan tak pernah hilang
Ke manakah pergi ilham
Teladan dari masa silam?
Kuperlu kenal Muhammad rahmat semesta alam

Korus
Beginilah rasanya mencari dalam gelita
Berikanku petunjuk hitamnya hidup
Hanya bergantung nasib
Pada diri sendiri
Pertaruhkan nawaitu hitamnya hidup

Hitam segalanya gelap gelita
Di manakah cahaya hitamnya hidup

Hitam segalanya gelap gelita
Di manakah cahaya.... hitamnya hidup

Penamatku masih jauh
Segalanya habis kutaruh
Bisikan si tukang karut
Tercabar terpengaruh
Terperangkap dipermainkan penampilan
Warna-warna kertas
Yang diertikan kejayaan

Tetap dikejarkan cuma kurang ditekankan
Sehari tingkatkan suara diperjelaskan
Hitam putih susun atur papan catur
Definisi makin tinggi
Tapi visi makin kabur

Korus
Beginilah rasanya mencari dalam gelita
Berikanku petunjuk hitamnya hidup
Hanya bergantung nasib
Pada diri sendiri
Pertaruhkan nawaitu hitamnya hidup

Hitam segalanya gelap gelita
Di manakah cahaya.... hitamnya hidup

Hitam segalanya gelap gelita
Di manakah cahaya.... hitamnya hidup

MAXIS
(Verse) = Dail *131*389838# dan tekan SEND/CALL
(Chorus) = Dail *131*389836# dan tekan SEND/CALL

CELCOM
(Verse) = Dail *888*220851# dan tekan SEND/CALL
(Chorus) = Dail *888*220850# dan tekan SEND/CALL

DIGI
(Verse) = Taip CT 1311783 dan HANTAR ke 2000
(Chorus) = Taip CT 1311782 dan HANTAR ke 2000

U MOBILE
(Verse) = Taip CT 580749 dan HANTAR ke 28118
(Chorus) = Taip CT 580748 dan HANTAR ke 28118



Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Hitam - Dualiti Feat Ameerais @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami