Home » » Sinopsis Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof

Sinopsis Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof

Sinopsis Abang Long Fadil

Abang Long Fadil mengisahkan kehidupan Fadil selepas sahabat baiknya, Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas daripada geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster itu.

Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster di Kuala Lumpur iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Sinopsis Abang Long Fadil

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat kapitalis diupah oleh sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Pada masa sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya.

Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam, anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng di kawasan berkenaan, dan akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling berkuasa di situ.

INFO Filem: Abang Long Fadil

Genre: Aksi Komedi

Pengarah: Syafiq Yusof

Penerbit: Datuk Yusof Haslam

Syarikat: Skop Production Sdn Bhd

Pelakon: Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Jambu, Shamsul Yusof, Aaron Aziz, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, Yassin

Cerita Asal/Skrip: Syafiq Yusof


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami