Home » » Sinopsis filem CEO lakonan Remy Ishak,Beto Kusyairy

Sinopsis filem CEO lakonan Remy Ishak,Beto Kusyairy

Sinopsis filem CEO

CEO mengisahkan Adam (Remy) yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat ternama yang bongkak dan sombong. Sikap Adam nyata kurang disenangi ramai. Apapun, selepas melamar kekasihnya, Adam dibuang kerja.

Difitnah menyelewengkan duit syarikat, Adam kecewa kerana miskin dalam sekelip mata. Sufian pula seorang pemuda biasa yang bekerja di restoran. Bahkan, kehidupan Sufian juga ceria bersama rakan-rakannya.

Suatu hari, Sufian yang baru keluar penjara kerana dituduh mencuri sudah diikat jamin oleh Zara. Dia juga dilamar bekerja di syarikat milik seorang Tan Sri sebagai CEO. Sufian bekerja bersungguh-sungguh dengan jawatan barunya.

Namun, dalam keseronokan Sufian bekerja dengan jawatan baru itu, dia dan setiausahanya, Nina akhirnya mengetahui satu rahsia yang mempunyai hubung kait dengan Adam. Apakah yang berlaku sebenarnya dan apakah ada bukti ke atas Adam yang dituduh menyeleweng?


Barisan pelakon filem CEO ialah Remy Ishak sebagai Adam, Beto Kusyairy (Sufian), Cristina Suzanne (Nina), Datuk Jalaluddin Hassan (Tan Sri), Anas Ridhuan (Aloy), Nazeera Sardi (Lily), Mustaqim Zaki (Firdaus) dan kemunculan istimewa, Deanna Yusof (Zara).

Trailer Filem CEO

Sinopsis filem CEO lakonan Remy Ishak,Beto Kusyairy @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami