Home » » Lirik Lagu Balqis - UNIC

Lirik Lagu Balqis - UNIC

Lirik Lagu Balqis -  UNIC

Engkaulah ratu di mahligai permata 
Istana bayangan syurga 
Harta dan takhta mengaburi mata 
Tersesat dikau di terang cahaya 

Langsung tidak kau endah kata bicara 
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa 
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria 

Balqis kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan 
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk  seketika 
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang  dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu 
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman 
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca 
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya 
Hanya sekelip mata mahligai pun beralih 
Abid memindahkannya tanpa kau sedari 

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati 
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan  pada diri 
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau  lalui 
Menjadikan kau isteri yang taat kepada  seorang nabi 

Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia 
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya 
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina 
Itu hanya di pandangan mata 
Kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa 
Kesempurnaan Tuhan menilainya...

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Balqis - UNIC @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami