Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob Yusof

Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob Yusof

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

14/07/01 - 14/08/01 @ Lirikami

Lirik Qunut Nazilah - UNIC (Lirik Terjemahan)

Lirik Qunut Nazilah - UNIC

Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah 3x

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka 3x

Dan kemenangan untuk kami

Lagu / Lirik (Terjemahan) : Bazli UNIC

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

14/07/01 - 14/08/01 @ Lirikami

Lirik Lagu Pesona Ramadhan - UNIC ft SIMFONI

Lirik Lagu Pesona Ramadhan - UNIC ft SIMFONI

Ramadhan datang lagi
Bertandang di hati
Dengan wajah yang indah
Tanda bermula pesta ibadah

Detik yang dinanti
Buat pencinta Ilahi
Siangnya setulus siyam
Malamnya di hias sekudus qiyam

Ramadhan keberkatan
Ramadhan keampunan
Ramadhan bulan kesabaran

Ramadhan keredhaan
Ramadhan ketaqwaan
Ramadhan bulan keinsafan

Baca sepenuh luhur
Jiwa penuh tadabbur
Cinta bergema syahdu
Menusuk sanubari dan rindu

Tinggalkan kekeruhan
Datanglah kejernihan
Penuh syukur gembira
Kerna mengharap kurnia Tuhannya

Ramadhan kegigihan
Ramadhan ketabahan
Ramadhan bulan ketenangan

Ramadhan istiqamah
Ramadhan muhasabah
Ramadhan bulan mujahadah

Awalnya kerahmatan
Ditengahnya keampunan
Akhirnya pembebasan dari api neraka

Lyrics :Ust Pahrol Md Joui
Melody : Bazli UNIC
Music arrangement : Along Exist

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

14/07/01 - 14/08/01 @ Lirikami

Lirik Lagu Impian - Hyper Act

Lirik Lagu Impian - Hyper Act

Pernah dulu ku berkata
Dan takkan berpaling cinta ini aku

Ku merasa kehilangan
Kehilangan yang berharga
Jiwa ini sepi bagai tiada penawar dapat menyembuhnya

Cintaku takkan berubah
Walau api membakar jiwaku ini
Namun pilu hatiku
Tak pernah untuk kau hargai

Percuma semua pengorbananku
Seolah-olah kau menghinaku
Musnah impianku terhadapmu

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

14/07/01 - 14/08/01 @ Lirikami

Biduanita Negara,Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita Negara,Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini.

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini.

Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Sharifah Aini

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003.
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

14/07/01 - 14/08/01 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami