Home » » Ayai Ilusi juara Gegar Vaganza,Haleeda tempat kedua

Ayai Ilusi juara Gegar Vaganza,Haleeda tempat kedua

Ayai Ilusi juara Gegar Vaganza,Haleeda tempat kedua

Vokalis kumpulan Ilusi, Ayai, malam tadi muncul juara pertama program realiti Gegar Vaganza yang mula menemui penonton sejak November lalu.

Dengan kemenangan itu Ayai membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan berpeluang merakamkan sebuah single.

Beliau yang terharu membuat sujud syukur berikutan kemenangannya itu.




"Ini adalah kemenangan untuk semua penyanyi lain. Saya berterima kasih kepada Astro di atas penganjuran program ini," katanya.

Haleeda tempat kedua

Sementara itu, Haleeda menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Mamat yang berada di tempat ketiga membawa pulang hadiah RM15,000 dan turut memenangi kategori persembahan terbaik yang dipilih hasil daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM5,000.

Tempat keempat menawarkan RM10,000 dimenangi oleh Rahmat Mega, manakala Ifa Raziah di tempat kelima dan Fazli Zainal keenam.

Gegar Vaganza yang menemui penonton pada setiap Ahad jam 9 malam menampilkan 12 penyanyi tempatan yang pernah mencipta nama di persada seni tanah air.

Selain enam finalis berkenaan, Gegar Vaganza turut disertai Shima, Sam Innuendo, Hasnol, Nadia, Adilla dan Sharifah Zarina.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Ayai Ilusi juara Gegar Vaganza,Haleeda tempat kedua @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami