Home » » Cicakman 3 Sinopsis

Cicakman 3 Sinopsis

Sinopsis Cicakman 3 lakonan Zizan

Cicakman 3 menceritakan Man (Zizan) seorang suami kepada Linda (Lisa) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda.

Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero.


Walau bagaimanapun, kehadiran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana munculnya hero baru iaitu Super-Bro lakonan Yus Jambu.

Saksikan Cicakman 3 yang bakal menemui penonton di pawagam mulai 12 Mac 2015.

Filem Cicakman 3 arahan Yusry Abdul Halim bersama Ghaz Abu Bakar ini merupakan sebuah filem yang menjadikan Zizan sebagai peneraju utama menggantikan Saiful Apek.

OST Cicakman - Adiwira by Zizan Razak

Cicakman 3 Sinopsis @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami