Home » » Gadis bertudung berada di pentas K-Pop dengan keizinan tuhan - Gadis misteri

Gadis bertudung berada di pentas K-Pop dengan keizinan tuhan - Gadis misteri

Kejadian gadis dipeluk K-Pop dengan keizinan tuhan

Seorang 'gadis misteri' memberitahu kehadiran remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi konsert K-Pop B1A4 sebelum ini adalah dengan keizinan tuhan.

Video berdurasi 5 minit 42 saat yang sedang 'viral' dan hangat dikongsi di media sosial kini menunjukkan visual seorang gadis meluahkan perasaan mengenai insiden remaja Melayu dipeluk artis K-Pop berkenaan.

"Bukan mereka yang diuji tetapi kita juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah.

"Allah hendak uji kita yang hebat sangat menjadi 'keyboard warrior', anda memaki orang seolah-olah anda hebat daripada anda lahir sampai sekarang.

"Renung-renungkan diri sendiri apakah hikmah di sebalik peristiwa ini," katanya dalam video itu.

Sabtu lepas, video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan viral di media sosial.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.

Ia turut mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyindir gadis-gadis berkenaan agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Bagaimanapun, Peguam firma Tetuan Azmi dan Fadzly, Ahmad Fadzly Abdul Gani yang mewakili penganjur konsert artis K-Pop, B1A4, TGM Events memaklumkan, perlakuan peminat membabitkan gadis Melayu yang bertindak melampau dan melakukan aksi kurang menyenangkan semasa konsert kumpulan K-Pop B1A4 adalah di luar jangkaan penganjur.

Dalam pada itu sumber Astro AWANI memberitahu, gadis misteri yang muncul di video itu mengakui tidak takut dengan apa yang dilakukannya.

"Saya yakin dengan izin Allah, video ini tersebar, dan terbukti ramai yang ingin menjadi tuhan," kata sumber itu.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Gadis bertudung berada di pentas K-Pop dengan keizinan tuhan - Gadis misteri @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami