Home » » Hairul Azreen Serius Cinta Hanis Zalikha, Lamar Secara Langsung

Hairul Azreen Serius Cinta Hanis Zalikha, Lamar Secara Langsung

Hairul Azreen Serius Cinta Hanis Zalikha, Lamar Secara Langsung

Pelakon Hairul Azreen telah membuat kejutan kepada Hanis Zalikha apabila melamar kekasihnya itu ketika siaran langsung program Gegar Vaganza pada malam Ahad.

Hairul ketika ditemui Astro Gempak memberitahu, lamaran sudah dirancang berbulan-bulan tanpa pengetahuan Hanis.


“Hanis tidak tahu tentang perkara ini…Saya ajak dia menemani saya ke konsert ini dengan alasan saya perlu buat promo untuk musim terbaru Fear Factor.

“Melamar semasa siaran langsung bukan untuk cari publisiti tetapi saya lakukan semata-mata untuk membuktikan yang saya bersungguh-sungguh cintakan Hanis,” ceritanya.

Sementara itu Hanis yang kelihatan malu-malu dan sentiasa menundukkan kepala ketika ditemubual memberitahu, dia tidak menyangka Hairul mempunyai keberanian melamarnya di khalayak.

Sebelum ini saya memang selalu tunjuk kepada Hairul video lamaran di Youtube dan pernah cakap lelaki-lelaki dalam video tersebut bersungguh dengan cinta mereka.

“Tapi…malam ini dia juga buat perkara sama. Saya terkejut, tak sangka dan merasakan ia sangat ‘sweet’,” katanya.

Ketika ditanya mengenai hala tuju mengenai hubungan mereka selepas ini, Hairul memberitahu perbincangan telah dilakukan dengan keluarga Hanis.

“Keluarga saya dan Hanis ada berbincang mengenai perkara ini ketika saya bertemu mereka dan memberitahu akan melamar Hanis pada malam ini.

“Proses seterusnya akan dilakukan mengikut adat,” jelasnya.

Hairul dan Hanis sebelum ini pernah dikatakan bercinta namun kedua-duanya mengakui sengaja merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan umum.

“Kami dah kenal lama…Cuma sebelum ini masanya belum sesuai untuk diheboh-hebohkan tentang hubungan cinta kami,” ujar Hairul dan Hanis.

Hanis yang tidak tahu tentang perkara tersebut disuruh naik ke pentas oleh kru produksi untuk melakukan ‘promo’ selepas persembahan breakdance Hairul.

Namun, sebaliknya berlaku apabila video Hairul bertemu keluarga Hanis ditayangkan di layar lebar.

"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

"Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk meminta restu mereka.

"Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?" lamar aktor itu.

Tindakan Hairul menyebabkan Hanis terkedu dan hanya mengangguk sebagai tanda menerima lamaran cinta hatinya itu.

“Insyaallah, saya terima lamaran ini,” jawabnya. ~ Astro

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Hairul Azreen Serius Cinta Hanis Zalikha, Lamar Secara Langsung @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami