Home » » Keputusan Penuh AJL29 (Anugerah Juara Lagu 2015)

Keputusan Penuh AJL29 (Anugerah Juara Lagu 2015)

Keputusan penuh AJL29 (Anugerah Juara Lagu 2015)

Ini adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29

Juara AJL229: Sona One & Joe Flizzow (Apa Khabar)
Naib Juara: Shila Amzah (Masih Aku Cinta)
Tempat ke3: Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)
Persembahan terbaik: Mojo
Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah


Lagu 'Apa Khabar' ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29

Dengan kemenangan lagu yang turut dinyanyikan kedua-dua artis itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.

Apa Khabar berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikat (Hazama), Romancinta (Mojo) dan Lelaki (Najwa).

Turut bertanding Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah) dan Percayalah (Indah Ruhaila).

Naib Juara AJL 29 dimenangi oleh Shila Amzah dengan lagu Masih Aku Cinta membolehkan dia membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000.

Kolaborasi Joe dan Sonaone membawa tuah.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam (Spider) dan lirik oleh Iman Imran nyanyian Dayang Nurfaizah.

Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Dayang turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Manakala persembahan bertenaga kumpulan Mojo yang menyampaikan lagu Romancinta bersama Caliph Busker melayakkan mereka menerima Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Persembahan Mojo mendapat tumpuan ramai apabila menampilkan penyanyi orang kelainan upaya (OKU).



Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 memilih tema "Gema dalam Muzik" di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik.

Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi.

Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.anugerahjuaralagu.com.


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Keputusan Penuh AJL29 (Anugerah Juara Lagu 2015) @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami