Home » » » Lirik Lagu Belantara Konkrit - Altimet ft. Salam, Aman-RA

Lirik Lagu Belantara Konkrit - Altimet ft. Salam, Aman-RA

Lirik Lagu Belantara Konkrit - Altimet ft. Salam, Aman-RA

Di mana arusnya deras dan mawar dikikis duri
Anginnya rawak dan diri terus diuji
Namun cita-cita membunga cinta dibunga-bunga
Ilmu dicari dan emas digali
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit

Selamat datang ke kota mimpi ngeri
Dari dekat lapuk dari jauh nampak berseri
Kami jual semua kalau kamu mampu beli
Kami ambil semua kalau kamu tak reti beri

Atas darat ada lintah
Atas darat ada buaya
Gerila dalam kabus bergerak dalam suara
Otak sihat tapi akhlaknya kurang upaya
Hati kering kerna mandi dosa di kuala

Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit

Ada kucing kurap berangan nak jadi singa
Khinzir hutan kian gemuk meratap riba
Ular besi bawa semut ke tempat kerja
Monyet luncai khayal berkemenyankan herba

Jangan mengaum bila masuk kampung kami
Jangan pasal besar mulut buat kami kecil hati
Kami dah khatam mengaji cara tari bertaji
Corak orak tenang kami tak reti lari

Dimana arusnya deras dan mawar dikikis duri
Anginnya rawak dan diri terus diuji
Namun cita-cita membunga cinta dibunga-bunga
Ilmu dicari dan emas digali
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit

Dunia tak habis-habis kacau hak aku
Tak habis habis bebelkan aku
Aku cuma nak lepak chill layan hal aku
Tapi ada pula nak tanya apa hal aku

Asal flat kos rendah tapi berita cita tinggi
Sambil ku mengejar pelangi
Hujan ribut yang aku perati
Semua nak pegang bara panas
Tapi takut nak sentuh isu dingin
Sedangkan si buta pun nak tengok dan si bisu teringin
Cakap realiti sebenarnya liar

Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Belantara
Belantara
Belantara
Belantara

Nada Pemanggil/ Ringback Tone RBT (Malaysia)
Maxis / Hotlink Caller Ringtones (CRT):
Dail *131*366775# dan Hantar

Celcom Call Me Tones (CMT):
Dail *888*213982# dan Hantar

Digi Color Tunes (RBT):
Dail *233*0416077# dan Hantar



Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Belantara Konkrit - Altimet ft. Salam, Aman-RA @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami