Home » » Video Zamani Digari dan Menyanyi di Lokap Disebar Individu Tak Bertanggungjawab

Video Zamani Digari dan Menyanyi di Lokap Disebar Individu Tak Bertanggungjawab

Video Zamani Digari dan Menyanyi di Lokap Disebar Individu Tak Bertanggungjawab

Video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini ditahan di lokap telah menjadi viral di laman-laman sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat tersebut, kelihatan Zamani yang sedang duduk dalam keadaan tangan bergari disuruh menyanyikan lagu hitnya berjudul 'Gerimis Mengundang' oleh seseorang.

Sungguhpun dalam keadaan sedemikian, penyanyi bersuara emas itu hanya menuruti permintaan 'peminat' tersebut.

Video Zamani Digari dan Menyanyi

Ternyata vokal Zamani masih merdu dan sedap didengar.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang simpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Tidak kurang juga yang menyalahkan individu terbabit yang merakam dan menyebarkan video tersebut sehingga mengaibkan penyanyi popular itu.

Bagaimanapun, bagi Astro Gempak video tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan hiburan dan disebarkan sewenang-wenangnya.

Diharap individu yang menyebarkan video tersebut dapat bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

Zamani telah ditahan dikediamannya bersama seorang wanita di Keramat, pada Rabu kerana dipercayai positif dadah.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Video Zamani Digari dan Menyanyi di Lokap Disebar Individu Tak Bertanggungjawab @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami