Home » » Aman AF2014 tercalon Anugerah MeleTOP

Aman AF2014 tercalon Anugerah MeleTOP

Aman AF2014 tercalon Anugerah MeleTOP

Aman yang lahir dari AF2014 menyifatkan pencalonannya dalam Anugerah MeleTOP Era sebagai permulaan bagi dirinya.

Aman atau nama sebenarnya Mohammad Razman Abdul Aziz akui tidak pernah menyangka namanya akan tercalon kategori Artis Baru MeleTOP.

“Saya tak sangka nama saya akan tercalon untuk Anugerah MeleTOP memandangkan saya masih baru dalam industri ini.

“Ini umpama langkah kanan dan permulaan dalam karier saya… Menang atau kalah saya tolak tepi kerana itu semua bergantung pada rezeki masing-masing,” katanya.


Selain itu, Aman juga akan bersaing dengan juara AF2014 iaitu Firman dalam kategori yang sama.

“Saya tak ada masalah, kalau lihat senarai pencalonan tu semuanya yang hebat-hebat. Kalau nak kata dari segi persaingan bagi saya ini adalah persaingan yang sihat.

“Saya tak mahu terlalu fikirkan sangat kerana bagi saya dapat tercalon pun saya rasa cukup bersyukur.” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aman akan muncul dalam drama bersiri Dee The Musical pada episod lapan  sebagai pelakon jemputan selain mempromosikan lagu single berjudul ‘Without You’.

Untuk mengundi secara online sila layari www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.

Anugerah MeleTOP Era akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 22 Februari 2015 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serenta di Astro Hitz (saluran 705) dan Maya HD (saluran 135).

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Aman AF2014 tercalon Anugerah MeleTOP @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami