Home » » Keputusan Penuh Pemenang Mentor Legend 2015 (Senarai Pemenang)

Keputusan Penuh Pemenang Mentor Legend 2015 (Senarai Pemenang)

Keputusan Penuh Pemenang Mentor Legend 2015 (Senarai Pemenang)

Di sini senarai pemenang Mentor Legend

Juara: Azmil (protege kepada Dayang Nurfaizah)
Tempat ke-2: Aina (protege kepada Ella)
Tempat ke-3: Sarah (protege kepada Amy Search)



Juara Mentor Legend Azmil


Azmil telah bergelar juara program realiti Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, semalam.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim bersama mentornya, Dayang Nurfaizah yang masing-masing membawa pulang kereta Proton Iriz.

Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) dan mentor Ella yang membawa pulang wang tunai RM200,000.

Manakala tempat ketiga disandang Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) dan mentor Amy Search yang menerima wang tunai RM100,000.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan tiga lagu secara solo serta berduet dengan artis jemputan dan mentor masing-masing.

Aina bersama Ella berduet dalam lagu Layar Impian. Dia kemudian secara solo menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu sebelum berduet dengan Mila Jirin dalam lagu Fallin.

Azmil bersama Dayang Nurfaizah berduet Aku Jatuh Cinta dan Menceceh Bujang Lapok diikuti persembahan solo Menanti Sebuah Jawapan dan duet bersama Mimi One Nation Emcees dalam lagu Naluri Lelaki.

Sarah pula berganding dengan Amy Search dalam medley lagu Isabella dan Pawana. Dia kemudian menyampaikan lagu medley Dangerously In Love dan Tanpa Kekasihku secara solo dan diakhiri dengan Ikut Rentakku dan Mercy duet bersama Atilia.

Turut memeriahkan pentas final Mentor Legend adalah penyanyi popular Indonesia Cakra Khan yang turut hadir sebagai juri undangan menggantikan Datuk Ramli MS.

Program Mentor Legend ini masih mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi profesional dalam industri muzik.

Final Mentor Legend turut disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9:00 malam. Selain itu ia boleh ditonton secara Live Streaming Konsert Akhir Mentor Legend di tonton.com.my ataupun di TV3 Online.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Keputusan Penuh Pemenang Mentor Legend 2015 (Senarai Pemenang) @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami