Home » » Kumpulan Payslip

Kumpulan Payslip

Kumpulan Payslip

Kumpulan Payslip dianggotai oleh 4 orang anak muda belasan tahun. Payslip merupakan gabungan dua beradik iaitu Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass dan Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum.

Hasil daripada darah yang mengalir dalam tubuh anak­-anak muda ini, mereka mengikut jejak langkah ahli keluarga yang turut meminati muzik sejak kecil lagi.

Dengan kelebihan dan keupayaan luar biasa yang ditonjolkan kumpulan ini dalam beberapa persembahan, maka tidak hairanlah mereka sering menjadi buah mulut peminat muzik tempatan sehingga syarikat rakaman, Warner Music Malaysia berminat melamar kumpulan ini menjadi artis di bawah kelolaan mereka.

Payslip juga telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana single pertama ‘Syurga Sang Pencinta’ boleh didengar secara eksklusif hanya melalui Spotify bermula pada 22 September 2014.

“Asalnya nama kumpulan kami hanyalah Pay dan disebabkan minat kepada kumpulan Slipknot, kami meminjam awal nama kumpulan tersebut untuk digabungkan dengan nama Pay dan mencetuskan nama lebih komersial, Payslip.

“Setiap daripada kami memiliki minat dalam genre muzik rock yang berbeza dan juga idola juga ternyata lain antara setiap satunya. Ada yang minat Metallica, Muse, Coldplay, Linkin Park dan beberapa lagi inspirasi yang kami gabungkan dalam muzik Payslip.

“Biarpun inspirasi kami kebanyakkan Metal Rock, namun kami memilih untuk mengikuti trend terkini yang dilihat berjaya dengan genre pop rock,”ulas Jimmy yang tetap meluangkan masa memainkan lagu daripada kumpulan rock kegemarannya, Metallica.


Kehadiran Payslip di dalam industri muzik tempatan bukanlah sesuatu yang baru, kumpulan yang ditubuhkan pada Mac 2012 mula mendapat perhatian apabila mereka telah menyertai satu rancangan televisyen tempatan bernama ‘Jamming’.  Kejayaan mereka tidak terhenti begitu sahaja, keinginan dan semangat untuk bermain muzik terus mereka usahakan sehingga melahirkan album pertama “PAYSLIP”.

Facebook Payslip: https://www.facebook.com/pages/PaySlip/258793317564031

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Kumpulan Payslip @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami