Home » » Lirik Lagu Kotarayaku II - Altimet

Lirik Lagu Kotarayaku II - Altimet

Lirik Lagu Kotarayaku II - Altimet

Kuala Lumpur senyumanmu..

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

(Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur
(Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur
(Kuala Lumpur) Ayuh kita meluncur
(Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur
(Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur
(Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur
(Kuala Lumpur) Terlanjur tak boleh undur
(Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap syabu
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

(Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur
(Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur
(Kuala Lumpur) Ayuh kita meluncur
(Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur
(Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur
(Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur
(Kuala Lumpur) Terlanjur tak boleh undur
(Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur

Lihat semuanya di Dataran Merdeka
Menyuntip kasih dalam urat mereka
Lihat si buaya ligat bercereka
Pada si dara untuk menyuap selera
Lihat si dara owh itu katanya
Dibelai si tua bukan bapanya
Lihat si bapa gandakan usaha
Anaknya empat jadi kerjanya dua
Lihat si remaja santai kaki lima
Tiada harapan buat abah dan cita
Lihat si pegawai mengemis rasuah
Tinggi sewa rumah jadi ini lumrah
Lihat anak datuk membesar sendiri
Semua dibeli tapi tak mampu pekerti
Sebelum berjalan pandang kanan kiri
Selamat datang harap pandai bawa diri
Di Kuala Lumpur

(Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur
(Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur
(Kuala Lumpur) Ayuh kita meluncur
(Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur
(Kuala Lumpur) Kau yang tak pernah tidur
(Kuala Lumpur) Menjaga mimpi meluntur
(Kuala Lumpur) Terlanjur tak boleh undur
(Kuala Lumpur) Di kotaraya Kuala Lumpur

(Kuala Lumpur)
Di kotaraya Kuala Lumpur
(Kuala Lumpur)

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Kotarayaku II - Altimet @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami