Home » » Mentor Legend:Azmil Selangkah Ke Final

Mentor Legend:Azmil Selangkah Ke Final

Mentor Legend:Azmil Selangkah Ke Final

Selepas dua kali muncul pemenang di peringkat kumpulan, protege Dayang Nurfaizah, Azmil sekali lagi cemerlang apabila diumumkan sebagai juara di peringkat separuh akhir pertama 'Mentor Legend' yang berlangsung semalam.

Azmil yang mendendangkan dua buah lagu secara medley iaitu 'Pupus' dan 'Sephia' ternyata cukup memukau sedang lima pencabar lain selesa memilih lagu berbahasa Inggeris untuk disampaikan.

Meski tidak dinyatakan jumlah keseluruhan markah, Azmil yang memperoleh 19 markah daripada juri awam dan 100 peratus dari radar pilihan penonton membuktikan anak jati Tawau, Sabah ini semakin menghampiri untuk beraksi di pentas akhir 'Mentor Legend'.


"Perasaan saya sangat gembira kerana untuk menang di peringkat ini bukannya senang.  Pertama, dalam ramai-ramai saya yang paling baru sekali dan kedua saya gementar untuk memikirkan persembahan yang lebih baik pada separuh akhir kedua nanti," kongsi Azmil teruja.

Tidak menidakkan kemampuan Azmil, Dayang selalu mentor bagaimanapun mengakui protegenya itu masih punya kelemahan untuk diperbaiki.

"Dari segi nyanyian masih banyak lagi perlu diperbaiki.  Sebab itu semua datangnya dari pengalaman.  Untuk Azmil banyak lagi perjalanan yang dia perlu lalui.  Tapi kelebihan yang dia ada sehingga saya memilihnya ke pringkat ini adalah mutu dan ton suaranya.  Bagi saya, suara Azmil unik dan boleh dibentuk.  Lagi satu, dia menyanyi dia dengan jiwa dan penuh perasaan," ujar Dayang pula.

Ditanya tentang pemilihan lagu yang dinyanyikan, Dayang punya alasan tersendiri.

"Kita pilih lagu berdasarkan kesesuaian dia.  Kita cuba lagu apa yang sesuai di samping menyenaraikan beberapa lagu lain.  Bila dia menyanyi, saya akan tanya juga dia suka atau tidak lagu itu.  Boleh atau tidak dia menjiwai lagu tersebut.

"Apabila dia cakap OK, lagi senang kerja kita.  Kalau nak belajar lagu baru, dia budak baru dan tempoh seminggu yang diberikan agak terhad.  Jadi saya faham, sebab itu kita pilih lagu yang dia boleh nyanyi dan senang nak jiwai," tambah Dayang lagi merasakan persaingan semakin sengit.

Dalam persaingan pertama di peringkat separuh akhir malam semalam, markah keseluruhan tidak diumumkan sebaliknya hanya akan diketahui pada minggu ini.  Daripada enam protege, hanya tiga yang memperoleh markah tertinggi akan layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.

Selain Azmil, 'Mentor Legend' yang dihoskan oleh Awal Ashaari turut menyaksikan persaingan daripada Aina, Nadeera, Sarah, Fahmie dan Tuah.  Siapa yang akan bergelar finalis, sama-sama kita nantikan pada hari Ahad ini, jam 9.00 malam di TV3. ~ MH

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Mentor Legend:Azmil Selangkah Ke Final @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami