Home » » Raja Ema jawab kemunculan rambut perang

Raja Ema jawab kemunculan rambut perang

Raja Ema terus mencuri perhatian apabila muncul dengan rambut perang ketika menjalankan sesi fotografi bagi 'Raja Ema Sleep Wear Collection 2015' yang diusahakannya sejak tahun lalu.

Malah dia turut disamakan dengan pelakon remaja, Eina Azman yang turut mewarnakan rambut dengan warna yang sama.

Mendapat respons negatif berkenaan imejnya menerusi sesi fotografi tersebut, Raja Ema berkata, dia tidak kisah jika masyarakat mahu menilainya dengan pandangan yang bagaimana sekalipun.

Akuinya, apa yang dilakukan semata-mata untuk tujuan sesi fotografi dan promosi produk tersebut.

"Memang ramai yang kritik saya apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.


"Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja.

"Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya juga bukan manusia sempurna," katanya kepada Zass.

Tambah pelakon berusia 46 tahun ini, dia perlu tampak berbeza dan lebih bersifat antarabangsa untuk melancarkan koleksi barunya itu.

"Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan," katanya imej berkenaan juga adalah untuk sesi fotografi bagi produk Raja Ema OneFace Foundation yang akan dilancarkan olehnya tidak lama lagi.

Bercakap lanjut mengenai perkara ini, kata pelakon filem Sejati ini, dia yakin apa yang dilakukannya tidak salah sementelah ia adalah caranya untuk mengajak wanita di luar sana tampil cantik.

"Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya.

"Dan mereka, boleh jadikan saya inspirasi dengan menggunakan cara mereka sendiri," katanya. ~ SH


Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Raja Ema jawab kemunculan rambut perang @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami