Home » » Sarah Mentor Legend Akui Sudah Banyak Berubah

Sarah Mentor Legend Akui Sudah Banyak Berubah

Sarah Mentor Legend Akui Sudah Banyak Berubah

Memenangi pusingan separuh akhir kedua persaingan ‘Mentor Legend’ sekaligus layak menempatkan diri ke peringkat akhir, protege Amy Search, Sarah merasakan dia masih gugup untuk bersaing dengan peserta lain. Selain Sarah, protege Dayang Nurfaizah, Azmil dan protege Ella, Aina juga mara ke pentas akhir yang bakal berlangsung pada 22 Februari.

“Peserta lain semuanya hebat-hebat belaka. Saya merupakan peserta paling muda dan berasa agak gugup. Namun begitu, saya akan berusaha sehabis baik dalam persaingan akhir ‘Mentor Legend’ nanti,” kata Sarah yang ditemui usai konsert separuh akhir kedua.

Menyingkap perjalanan Sarah sebelum diterima sebagai protege Amy Search, gadis itu mengakui dia menghadiri ujibakat demi ujibakat yang diadakan oleh mentor-mentor lain namun nasib tidak menyebelahi gadis berusia 19 tahun ini.

Sarah Mentor Legend

“Persaingan sangat sengit. Saya berusaha untuk memasuki ‘Mentor Legend’ dengan datang ke ujibakat banyak kali dan nasib menyebelahi saya apabila saya hadir ke ujibakat Amy Search. Berkat usaha mentor saya dan team yang tidak putus-putus menyokong, saya berjaya ke peringkat seterusnya. Saya banyak berubah setelah mendapat tunjuk ajar dari sifu saya terutamanya dari segi keyakinan diri. Jika dulu saya menyanyi dengan malu-malu, kini saya semakin selesa menyanyi di atas pentas.”

Bertemu dengan Amy, vokalis kumpulan rock Search ini menyifatkan perjalanan yang dilalui oleh Sarah sepanjang program realiti nyanyian ini sangat cantik dan tersusun.

“Perjalanan Sarah sangat cantik. Setiap kali persaingan, kami menerima pengalaman baru. Sarah seorang yang mudah belajar. Walaupun hanya berusia 19 tahun, saya akui bakat yang Sarah miliki sangat raw. Walaupun belum banyak pengalaman, Sarah berjaya menyerlahkan apa yang dia ada di setiap persembahan. Saya harapkan Sarah melakukan yang terbaik di pentas akhir nanti,” katanya sambil menambah Sarah sudah bersedia kerana mempunyai banyak rujukan dalam bidang muzik.

“Saya ingat lagi ketika saya berusia 19 tahun dan waktu itu saya baru sahaja menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, saya masih lagi tercari-cari rujukan mengenai dunia muzik. Tidak bagi Sarah. Walaupun dia masih muda, gadis ini ada banyak references. Kadang-kadang dia tidak minat langsung lagu yang dia persembahkan di pentas ‘Mentor Legend’ tetapi dia dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik,” ujar Amy mengakhiri perbualan. ~ TV3

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sarah Mentor Legend Akui Sudah Banyak Berubah @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami