Home » » Kes Syabu: Benji ditangkap kali ke-3

Kes Syabu: Benji ditangkap kali ke-3

Kes Syabu: Benji ditangkap kali ke-3

Pelakon Benji (Khaeryll Benjamin Ibrahim) ditangkap buat kali ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu.

Pelakon  berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK  Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan  peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.


Pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinat disyaki dadah.

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angina di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Kes Syabu: Benji ditangkap kali ke-3 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami